t>

Breaking News

Kerana Tahi Di Hotel Jepun, Rakyat Malaysia Mengecam Tiga Pelancong Buat Onar Yang Memalukan Negara.

Viral di laman sosial kisah tiga orang pelajar Malaysia yang didakwa berkelakuan kurang sopan dan biadap kerana memecahkan dinding bilik penginapan, bergaduh dengan kakitangan dan membuang air besar di dalam ruang mandi dalam tandas ketika melancong ke Jepun.

3 Pelancong Yang Menimbulkan Polemik Di Laman Sosial

Video yang dimuatnaik oleh pemilik bilik penginapan, Ema Vitti, tentang gelagat ketiga-tiga pelancong tersebut tular di sosmed dan menyebabkan ketiga-tiga pelancong itu menjadi sasaran kritikan netizens ketika ini.

Isu tersebut menjadi semakin kecoh apabila Wan Iskandar tampil menceritakan apa yang berlaku menerusi facebook beliau.




Ramadhan Sinclair, salah seorang pelancong yang didakwa dalam kontroversi berkenaan juga tampil membuat laporan polis dan penafian menerusi akaun sosial media milik beliau.


Beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis KLIA 2, di mana berdasarkan laporan, menyatakan pertengkaran berlaku dengan seorang kakitangan Hotel  Vitti Lodge selepas kakitangan warga negara Malaysia bernama Qaiyum itu memperlekehkan dan telah mengarahkan diaseperti budak-budak.

"Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaik semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun," jelas beliau.


Selepas didedahkan laporan polis itu, Ramadhan juga dikecam berlakon sebagai rakyat Malaysia sedangkan dia warganegara Thailand (berdasarkan laporan polis).

Rakaman Pergaduhan
Selepas Ramadan Sinclair, seorang individu yang mengelarkan diri Ku Hidayat pula membuat satu video penjelasan dan permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia selepas isu mereka yang dikatakan membuat onar di Jepun menjadi viral seterusnya menjadi satu isu di negara ini.
Rumah Inap Vitti
Dalam video berdurasi 8 mini 15 saat itu, Ku Hidayat mengaku bersalah kerana menumbuk dinding sehingga menyebabkan kerosakan.

Ku Hidayat berkata pada awalnya dia turun (ke tempat rakaman cctv) selepas terdengar berlakunya pergaduhan. Menurut Ku Hidayat, dia cuba menegur supaya pergaduhan itu dihentikan namun dia tidak diendahkan.

"Bila saya turun tu, saya memang tak boleh nak kawal emosi saya. Sebab saya memang ada masalah, saya memang tak ada duit nak balik Malaysia dan saya memang tengah pendam tekanan ni seorang diri.

"Jadi, saya masuk tu cuba tegur mereka supaya tak bergaduh. Tiba-tiba saya rasa macam tak diendahkan. Bila saya tegur tu, mereka tetap sambung bergaduh mulut." cerita Ku Hidayat sambil menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang cerita tentang terdapat sentuhan fizikal yang berlaku.

"Kalau anda tengok cctv tu, saya hanya wujud di minit akhir. Saya pun tak tahu sebenarnya apa yang mereka gaduh. Akibat saya gagal kawal emosi, saya pun dah tertumbuk dinding tu. Jadi dinding tu perlu dibayar.

Ku Hidayat berkata dia telah pun bertemu dengan pihak terlibat dan berbincang mengenai perkara tersebut. Dia juga berjaya membeli tiket balik ke Malaysia selepas meminjam wang dari rakan-rakan di Malaysia.

Namun, kata Ku Hidayat, setibanya di Malaysia, timbul isu lain yang dia langsung tidak tahu menahu iaitu isu tahi di dalam bilik air.

"Saya mengaku memang sir Ema memang baik dengan kami, sehinggakan dia bagi kami tidur untuk semalaman sementara menunggu penerbangan. Saya takkan pijak kepala kepada Sir Ema sebab dia dah banyak bantu saya.
"Saya pun tak tahu siapa punya tahi tu, saya pun sangat terkejut. Saya pun tak pernah nak berak di bilik air tu. Kalau yang pasal dinding tu, saya mengaku yang itu memang salah saya. Saya pun dah bayarkan semua bahagian saya dekat Qayuum." kata Ku Hidayat sambil berkata dia akan mengambil kes ini sebagai pengajaran.


Seorang lagi pengguna Facebook, Tok Sheikh memuat naik status menyatakan bahawa Ramadhan Sinclair masih belum memberi sebarang permohonan maaf kepada pihak Vitti Lodge dan juga bayaran ganti rugi kepada mangsa pergaduhan mereka, Qaiyum yang mendahulukan wangnya bagi membayar ganti rugi kerosakan yang di sebabkan oleh mereka. 

Kami belum menerima sebarang video permohonan maaf secara terbuka daripada Ramadhan dan belum juga menerima bayaran ganti rugi yang sepatutnya dibayar kepada Qaiyum (baju biru)..

P/s: Dah buat salah tu, mengaku, bayar ganti rugi dan beri kami video permohonan maaf secara terbuka.. agar lagi cepat perkara ni di selesaikan...dan 1 lagi sila reply whatsapp saya dengan segera ya..

"Disebabkan tomyam (Thailand), nasi lemak (Malaysia) yang dapat nama..hmm"

Terima kasih kepada Ku Hidayat kerana memberi kerjasama dan berani hantar video permohonan maaf secara terbuka dan mengaku akan kesalahan, membayar ganti rugi dengan penuh (bahagian yang beliau perlu bayar) dan telah pun belajar sesuatu daripada peristiwa tersebut... Faris juga telah memohon maaf kepada pihak kami..



 

Permohonan maaf Ku Hidayat 
Video penjelasan Ramadhan Sinclair