t>

Breaking News

Nasi Putih Bersama Sedikit Sayur Dijual RM2 Di Kantin Sekolah, Wajarkah? - Di Mana Hati Perut Pengusaha Kantin, Soal Netizens.

Oleh : Hanizam Hassan

Ya Allah, hanya kau yang tahu apa yang akan saya ceritakn disini adalah semata-mata ingin meluahkn rasa hiba dan kasihan seorang ibu dan demi Allah tiada langsung niat untuk menaya atau menjatuhkan orang. Saya mohon pada sesiapa yang membaca tulisan saya ini fikir la sendiri samada ianya patut atau tidak berlaku.

Kisahnya, semalam sewaktu rehat kelas KOKO (kokurikulum) saya menghantar bekal untuk anak saya dan duduk makan di kantin sekolah. Kemudiannya datang seorang kawannya duduk pula makan disebelahnya. 

Apa yang saya lihat cara murid itu makan memang dia tengah lapar sangat sedangkan apa yang dimakan (dibeli dari kantin) hanyalah sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng.

Nasi putih bersama sedikit sayur goreng dijual RM2 di kantin sekolah..


Saya tanyakan, berapa harga? Rm2.00 jawabnya seperti hampa sambil menguis-nguis sayur seperti mencari sesuatu, saya tanya lagi lauk tu je?.

Dengan perlahan dia menjawab, haah dan saya perhatikan selepas 2-3 kali, suapannya mulai perlahan seakan makan terpaksa. 

Tiba-tiba menjadi sebak

Saya tiba-tiba menjadi sebak yang teramat dan rasa bersalah kerana dalam waktu yang sama anak saya sedang enak menikmati nasi berlaukkan ayam goreng, kari dan sayur. Diam-diam saya menangis, toleh pula ke kiri, seorang lagi murid sedang menikmati nasi putih dengan kepala ikan keli yang diletak sedikit kuah lada kot.

Ya Rabbi. Luluh hati. Lihat sendiri la pada gambar, jual Rm2.00. Saya juga meniaga makanan. Semua orang nak untung tetapi jangan la sampai begini. Jujur, ikhlas lah kerana mereka bayar dengan duit, mereka lapar.

Kanak-kanak juga ada perasaan, meniaga la dengan ikhlas..

Walaupun kanak-kanak mereka juga ada rasa dan perasaan.. Tak bolehkah mereka dilayan seperti anak sendiri. Tak kesian ke, kita berniaga mencari rezeki untuk keluarga jadi darah daging dan mahukan keberkatan dunia akhirat patutnya bersyukur kerana kita ditakdirkan berurus-niaga dengan anak-anak kecil yang sedang mencari ilmu, yang masih suci, yang bersih jiwanya. Ahli-ahli syurga insha-Allah.

Jangan ambil kesempatan pada anak-anak kecil

Allah swt beri jalan yang luas untuk kita melabur saham untuk akhirat. Sambil meniaga tak nampak ke? Kenapa disia-siakan peluang ini. Lebih kurang kira sedekah, rugi sangat ke, jangan lah kerana mereka anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa kita ambil kesempatan.

Fikir tak, anak-anak kecil sepatutnya disediakan makanan yang baik, yang berzat kerana mereka dalam proses membesar sedang belajar sesungguhnya Allah itu maha melihat, hibanya saya masih terasa hingga ke saat saya sedang menulis ini, airmata masih juga tidak mahu berhenti.

Tambahan pula mereka ini kebanyakkannya bukan lah anak-anak orang senang. Ayah ibu sibuk mencari rezeki dan percaya dengan kita untuk makan minum anak mereka semasa di sekolah tapi amanahkah kita kalau begini? Inilah puncanya anak-anak saya sentiasa ditemani bekal. Bukan tujuan saya nak menunjuk pandai jauh sekali untuk mengajar kerana saya juga serba kekurangan.

Andai tulisan saya ini menimbulkan rasa tidak berpuas-hati mana-mana pihak, jutaan ampun dan maaf saya pohonkan. Saya cuma meluahkan rasa dan pendapat saya sahaja.