t>

Breaking News

Faizznur Akan Adakan Sidang Media, Nafi Semua Tuduhan - JKM Akan Campurtangan Isu Hak Penjagaan Amira, Aqilah.

Jika kita baca luahan dari kakak kepada Faizznur, Yusnidah ada menyatakan bahawanya hak penjagaan yang diterima oleh Yusnidah tidak diperakui oleh ahli keluarganya yang lain meskipun mahkamah telah menetapkan sebegitu memandangkan Yusnidah yang menjaga kedua-dua anak itu sejak kejadian malang yang menimpa kedua-dua ibu bapa Amira dan Aqilah berlaku.

Yusnidah juga ada menyatakan kedua-dua anak kecil itu sememangnya mahu tinggal bersamanya. Hasil dari tinjauan di laman sosial, pihak kami mendapati bahawanya Yusnidah ini bergelar Datin kerana suaminya seorang Dato'.

Yusnidah juga mempunyai 7 anak dengan dua darinya ialah anak angkat. Melalui Facebook Yusnidah, jelas memaparkan kehidupan Amira dan Aqilah yang dijaga oleh Yusnidah apabila gambar2 mereka bercuti ke sana sini dikongsikan di dinding Facebook. 

Sementara kes ini masih lagi dalam siasatan polis, pihak Faizz nur dikatakan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menafikan segala macam tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.


Kita akan mendengar penjelasan dari Faizznur dalam masa terdekat ujar Feir Muhammad Nor yang dikatakan kenalan kepada peguam lantikan Faizznur yang akan menguruskan kes ini. 

Selain itu Menteri Pembangunan Wanita, Datok Rohani turut mengeluarkan kenyataan bahawanya JKM akan campurtangan isu hak penjagaan Amira dan Aqilah jika ahli keluarga gagal mencapai persefahaman berhubung soal itu.

Dalam pada itu, netizens masih lagi mengecam Faizznur dan isterinya kerana hidup bermewah-mewahan selepas 3 minggu kepergian abang kandung. Netizens juga mendesak Faizznur mengemukakan bukti seperti penyata bank jika benar tidak mengusik (mengeluarkan) wang sumbangan orang ramai kepada Amira dan Aqilah.

Ketika ini orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah kerana bersimpati akan melakukan laporan polis beramai-ramai bagi menuntut siasatan telus dijalankan ke atas Faizznur.

Selain itu, Faizznur telah tukar privacy setting komen FBnya di mana hanya kawan-kawan yang FRIEND di FB sahaja boleh meletakkan komen jika bukan kawan tidak akan boleh meletakkan komen dan ini menyebabkan FB isterinya Myraa Kassim menjadi sasaran serangan balas netizens yang tidak berpuas-ahti selepas mendapat tahu harta anak-anak yatim disalahguna. Pada masa kini, Myraa masih lagi menerima komen-komen berbentuk kecaman yang baru. - Sozcyilli.