t>

Breaking News

Mahalnya Milo Ais Sampai RM25 Segelas Luah Individu - Cafe Milik Rita Rudaini Dikritik Netizens.

Dua puluh lima ringgit bagi segelas milo ais! Itulah luahan pelanggan yang singgah makan di cafe milik Rita Rudaini. Cafe milik pelakon terkenal itu dikenali dengan nama Rumah Kueh yang mana menjual pelbagai variasi kuih-kuih tradisional melayu.

Luahan pelanggan itu dipetik menerusi laman facebook. Ianya viral kerana melibatkan cafe milik pelakon popular dan cantik, Rita Rudaini.




Tak letak harga. Bising dan lalat bersepah-sepah kata pelanggan.



Sound dalam kedai macam dalam clubbing. Ais blended pun mahal kata pelanggan. Ianya dijual pada harga rm12.50 bagi segelas cawan plastik. 



Individu berkenaan turut memaparkan bil makanan mereka di laman facebook sebagai bukti kenyataan mereka. Pun begitu kritikan ikhlas pelanggan tidak ditanggani secara baik dan positif oleh pemilik cafe tersebut. 



Dan masalah semakin teruk apabila mereka sepertinya melancarkan perang umum di account media sosial masing-masing ;


Admin 'RumahKueh' telah melakukan serangan peribadi kepada pelanggan-pelanggan yang mengkritik secara terbuka tentang cafe Rita Rudaini walaubagaimanapun posting berkenaan telah dipadamkan menerusi laman Instagram tersebut. Tidak dapat dipastikan kenapa ianya dipadamkan kerana tiada sebarang penjelasan diberikan oleh pihak admin laman berkenaan.



Luahan kecewa pelanggan yang teraniaya dengan perkhidmatan teruk ketika mengunjungi cafe milik Rita Rudaini. Sebagai pemilik kedai, baik Rita mahupun pihak pengurusan perlu la melayani sebarang kritikan dengan cara berhemah dan positif. Bukannya melakukan serangan peribadi dan emosi tak tentu pasal. Apabila pelanggan mengkritik dengan menyertakan bukti, sudah tentula ada sesuatu yang tak kena disitu. Berbanding menyerang pelanggan yang berterus-terang, lebih baik melakukan siasatan dan membaiki kualiti perkhidmatan masing-masing samada dari segi harga, kualiti barangan jualan mahupun suasana cafe. Pelanggan pun merasa gembira apabila kita menjadi positif terhadap kritikan, mana tahu bertambah-tambah pelanggan baru yang berkunjung. Siapa yang untung, kalau bukan diri sendiri juga? Fikirkanla ya. 


Sumber gambar : CARI FORUM