t>

Breaking News

Individu Putus Tunang Selepas Harian Metro Menfitnahnya Sebagai Penjenayah.


Berikut di atas ialah laporan polis berkaitan kejadian. Ianya diperolehi dari portal EdisiRakyat.com yang melaporkan kejadian malang yang menimpa ke atas individu tersebut selepas disalah-anggap sebagai suspek penjenayah dalam kes rempuh anggota polis.

Menurut portal itu, lelaki yang mendakwa telah putus tunang juga hampir dibuang kerja serta keluarganya bahkan menerima kecaman kerana gambar dirinya digunakan oleh akhbar Harian Metro sebagai seorang penjenayah.

Dalam laporan berita jenayah di Metro Ahad bertajuk "Mizan Gemuk Diburu", gambar Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman difahamkan telah ditulis sebagai "suspek utama cuba merempuh anggota polis yang mengejarnya".

Namun beliau menafikan sebarang kaitan dirinya dengan berita tersebut.



Laporan Akhbar Yang Menfitnah Individu Malang Itu
Laporan berita bertulis "Polis cari anggota Geng Rizal Kundang bolos ketika dikejar" telah ditulis oleh wartawan Fardi Bungga dan Faliq Lajim (am@hmetro.com.my), yang tersiar di muka enam pada section jenayah.

Ku yang menetap di Pulau Pinang, turut melahirkan rasa tidak puas hati di dalam laporan itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.

Beliau yang mendakwa dirinya mengalami trauma yang teruk akibat laporan itu, mahu pihak Harian Metro memperbetulkan kesilapan tersebut tambah laporan itu lagi.


Kredit Gambar : EdisiRakyat.com