t>

Breaking News

Jururawat Biadap Di Alor Setar Akhirnya Disiasat KKM - Padan Muka!


Menyesal ke cik kak? Respon aku. Padan muka. Yang kau ego nak mampos layan orang susah macam tue kenapa? Kau tue diamanahkan untuk menjadi jururawat. Bukan suruh jadi jurumarah. 

Apa2 pun kau boleh cakap elok2. Bodoh la lue minah. Taknak cakap elok2 punya pasal. Sekarang tak pasal2 dapat masalah. Amek kaw. Sendiri cari. Nasib baik orang cover gambar muka kau. Kalau tak.. menjawab la kau.

Baca ;

Susulan laporan yang disiarkan berhubung kekecewaan seorang lelaki terhadap sikap tidak mesra petugas jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, yang tidak ambil peduli tentang temujanji rawatan ibunya pada 18 Disember lalu, kini dalam perhatian pihak pengurusan hospital.
Pengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan esok bersama pengadu dengan petugas terlibat di Jabatan Sekretariat bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Malah katanya, aduan yang diterima melalui media sosial itu disifatkan kali pertama berlaku kerana sebelum ini segala aduan dibuat terus ke Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Kami mengetahui kejadian itu pada Ahad lalu dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan kesahihan laporan.
“Ini kali pertama aduan diterima melalui laman sosial, biasanya terus ke kementerian. Masalah ini akan diselesaikan secara dalaman, esok,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.  


Pada 18 Disember lalu, seorang lelaki meluahkan rasa kekecewaan berhubung sikap tidak mesra petugas jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, yang tidak ambil peduli tentang temujanji rawatan ibunya hari ini apabila dimaklumkan doktor bertugas bercuti.
Lelaki yang dikenali sebagai Ajeli Anuar memuat naik status di Facebooknya memaparkan pengalaman ngeri dengan tajuk ‘Hari ini dalam Sejarah’ telah dikongsi di laman Sukan Star TV di mana lebih 5,000 likes dan hampir 500 shares.

Menurut Ajeli, dia membawa ibunya, seorang warga emas, ke hospital tersebut pada 11.15 pagi berdasarkan kepada temujanji yang dibuat oleh doktor Syakir berhubung rawatan susulan dengan menunjukkan kad temujanji kepada petugas jururawat di kaunter servis.

Katanya, sebaik sahaja dia menunjukkan kad temujanji itu, jururawat tersebut meninggikan suara dengan tiba-tiba: “Setiap hari Rabu dan Khamis, tiada klinik rawatan berkaitan!”.

“Kami bukan suka-suka je datang ke sini hari ini. Kami datang ni bersebab. Doktor Syakir yang suruh kami datang ni,” jelas Ajeli, yang bekerja sebagai peniaga sambil memerhatikan gerak-geri jururawat tersebut berhubung temujanji itu.

Setelah 20 minit menunggu tanpa sebarang tindakan, dia pergi ke kaunter servis untuk bertanya kepada jururawat tersebut berkenaan status temujanji rawatan ibunya.

Malangnya, pertanyaan lelaki itu disahut dengan nada tinggi suara petugas tersebut yang berkata: “Kan saya dah bagitahu tadi, hari Rabu dan Khamis tiada rawatan klinik!”

“Saya tahu, masalah sekarang ini, doktor yang suruh kami datang hari ini pada jam 11.30 pagi. Kalau tak ada rawatan hari ini, kenapa suruh kami datang?” soalnya tanpa dihiraukan petugas jururawat terbabit.

Ekoran tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, Ajeli terus meminta semula kad temujanji itu sambil mengambil gambar keadaan dalam klinik, namun sekali lagi ditengking jururawat tersebut dengan berkata: “Kenapa awak pandai-pandai ambil gambar kat sini? Awak ada kebenaran ke?”

“Saya ambil gambar sebab nak beritahu pada umum yang servis di hospital Alor Setar ini teruk, layan kami macam haiwan,” tegas Ajeli.

Sepatutnya pihak hospital, katanya, memaklumkan terlebih dahulu pembatalan temujanji dengan mencadangkan tarikh temujanji yang baru. -RNews-