Indonesia Mengaku Tersilap Besar Boikot Perlawanan Selepas Melihat Rakaman Semula.

Oleh : Bernama

Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui kesilapan besar skuad sepak takraw wanita negara itu meninggalkan gelanggang ketika menentang Malaysia, semalam.

Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar, berkata tindakan jurulatih serta pemainnya itu kerana terlalu beremosi dan kecewa terhadap wasit (pengadil) bertugas.  



“Namun selepas meneliti dan melihat semula data serta video ulangan, ternyata tekong kami mengangkat kaki ketika melakukan servis dan ia adalah kesalahan.

“Ketika itu, jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dengan mata kasar dan kami akui sudah melakukan kesilapan,” katanya di Kuala Lumpur.

Menurut Syafrizal, beliau selaku pengurus pasukan semalam, cuba memujuk jurulatihnya supaya tidak meninggalkan gelanggang namun disebabkan perlawanan yang sedang ‘hangat’, hal yang kecil pun boleh menjadi besar.


“Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha mengikuti peraturan bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul.

“Namun kemarahan yang tidak terbendung itu, kami 'keluar gelanggang' dan kami kesal serta memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.

 
Keluar Gelanggang
Insiden protes sehingga meninggalkan gelanggang itu tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan tekong dari negara itu, Lena, ketika mereka sedang mendahului set kedua dengan 16-10.


Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan 22-20.

Nasib Indonesia bakal diketahui dalam masa terdekat ini selepas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal yang lain bagi menentukan jenis hukuman yang akan dikenakan ke atas republik itu.  

Kami Kritik Kerana Awak Sebagai Presiden FAM, Bukannya Sebagai Anak Raja - Netizen Kritik TMJ.

Tak boleh hadam betul saya dengan cara berfikir Tunku Mahkota Juventus ni.
Peminat bolasepak kritik dia atas kapasiti Presiden FAM bukan nya sebagai anak raja. Dan yang kritik dia tu rakyat biasa jer pun.
Benda tu pun dia yang mulakan dulu. Hari itu dia kritik KJ tak datang stadium ketika Final FA CUP. Hari ni netizen kritik dia tak hadir game Sukan Sea. NETIZEN. Bukan KJ. KJ tak keluarkan kenyataan apa pun yang berkenaan dengan Tunku.
Barangkali mungkin dia sentap. Terus buat kenyataan melalui lidah rasmi dia. Sekali lagi serang KJ. Kata KJ datang ke stadium sukan SEA semata nak meraih populariti pulak. Putar lagi masuk bab skandal 100juta dalam KBS. Putar lagi kata KBS tak bantu daripada segi dana bantuan pada FAM.
Langsung tak matang. Datang stadium salah. Tak datang stadium salah. Apa yang Tunku Mahkota Juventus mahukan sebenarnya daripada KJ?
Lepas tu merungut bangsa melayu mencemuh raja-raja melayu. Sekali lagi diingatkan, anda dicemuh atas kapasiti Presiden FAM bukan atas kapasiti anak raja. Kalau itu pun dikira menghina. Mungkin Tunku lupa bagaimana bangsa Tunku menghina Tengku Mahkota Palermo dengan membuat kain rentang gambar Kepala Anjing.
Dulu Tunku juga kata sukan bolasepak sepatutnya tidak boleh bercampur dengan politik. Tapi hari ini Tunku juga yang kaitkan hal skandal politik pemimpin dengan bolasepak dan Tunku juga berkata Undi parti politik KJ sebelum ini adalah undi dan sokongan besar daripada rakyat Tunku.
Apa yang pergi jauh-jauh sangat ni Tunku? Politik lain medan nya, sukan lain kandang nya.
Tunku harus faham, Tunku ada pengikut sendiri dan KJ pun ada penyokong sendiri. Penyokong masing-masing ni pun tak menggunakan otak dengan sepenuhnya. Jadi banyak buruk daripada baiknya.
Rasanya Tunku baik berdiam sahaja macam KJ. KJ pun bukan semua rakyat suka dia. Tapi dia tak layan pun. Dia buat kerja dia sahaja. Elok Tunku pun begitu juga. Tak payah layan netizen kat bawah-bawah ni. Diorang ni pun bukan betul sangat. Baik buat kerja masing-masing. Kalau ada perkara tak puas hati berbincang dalam bilik. Tak perlu nak tabur dalam media. Yang bawah-bawah ni pun tak ada lah bertekak sesama sendiri.
Saya bukan apa Tunku. Saya cuma mahukan sedikit keamanan dalam laman sosial FACEBOOK. Dah lah dengan Kisah Rumah Tangga nya lagi. Hal parti politik lagi. Itu belum campur isu anak Dato Vida tak bagi lelaki lain rapat dengan dia. Isu Hafiz Hamidun gaduh dengan bini dia, dulu dia lah hero gadis-gadis. Tetapi sekarang gaduh laki bini pun nak cerita dengan masyarakat. Ni baru tadi timbul pulak isu budak Kajang dengan geng dia berak bersepah kat jepun. Nasib baik isu Aliff Aziz dah selesai. Saya lemas dan kadang-kala murung dengan hal-hal sebegini. Tiada langsung sekelumit kedamaian dan keamanan bila saya buka FACEBOOK.
Tak boleh ke kita menghayati sisa hidup ini dengan aman?
Sebelum jadi Profesional, elok lah jadi Rasional dahulu.
Saya doakan Tunku selamat menjalani percutian dengan keluarga yang disayangi.
Tapi apa-apa pun saya disebelah KJ. Sebab kami penyokong Machester United Power, dan saya baru dapat tahu Tunku pun penyokong Manchester United Power, sebuah kelab bolasepak yang bapak power. Tak manis kalau penyokong liverpool dan chelsea tengok penyokong Manchester United Power macamni.

Kerana Tahi Di Hotel Jepun, Rakyat Malaysia Mengecam Tiga Pelancong Buat Onar Yang Memalukan Negara.

Viral di laman sosial kisah tiga orang pelajar Malaysia yang didakwa berkelakuan kurang sopan dan biadap kerana memecahkan dinding bilik penginapan, bergaduh dengan kakitangan dan membuang air besar di dalam ruang mandi dalam tandas ketika melancong ke Jepun.

3 Pelancong Yang Menimbulkan Polemik Di Laman Sosial

Video yang dimuatnaik oleh pemilik bilik penginapan, Ema Vitti, tentang gelagat ketiga-tiga pelancong tersebut tular di sosmed dan menyebabkan ketiga-tiga pelancong itu menjadi sasaran kritikan netizens ketika ini.

Isu tersebut menjadi semakin kecoh apabila Wan Iskandar tampil menceritakan apa yang berlaku menerusi facebook beliau.




Ramadhan Sinclair, salah seorang pelancong yang didakwa dalam kontroversi berkenaan juga tampil membuat laporan polis dan penafian menerusi akaun sosial media milik beliau.


Beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis KLIA 2, di mana berdasarkan laporan, menyatakan pertengkaran berlaku dengan seorang kakitangan Hotel  Vitti Lodge selepas kakitangan warga negara Malaysia bernama Qaiyum itu memperlekehkan dan telah mengarahkan diaseperti budak-budak.

"Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaik semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun," jelas beliau.


Selepas didedahkan laporan polis itu, Ramadhan juga dikecam berlakon sebagai rakyat Malaysia sedangkan dia warganegara Thailand (berdasarkan laporan polis).

Rakaman Pergaduhan
Selepas Ramadan Sinclair, seorang individu yang mengelarkan diri Ku Hidayat pula membuat satu video penjelasan dan permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia selepas isu mereka yang dikatakan membuat onar di Jepun menjadi viral seterusnya menjadi satu isu di negara ini.
Rumah Inap Vitti
Dalam video berdurasi 8 mini 15 saat itu, Ku Hidayat mengaku bersalah kerana menumbuk dinding sehingga menyebabkan kerosakan.

Ku Hidayat berkata pada awalnya dia turun (ke tempat rakaman cctv) selepas terdengar berlakunya pergaduhan. Menurut Ku Hidayat, dia cuba menegur supaya pergaduhan itu dihentikan namun dia tidak diendahkan.

"Bila saya turun tu, saya memang tak boleh nak kawal emosi saya. Sebab saya memang ada masalah, saya memang tak ada duit nak balik Malaysia dan saya memang tengah pendam tekanan ni seorang diri.

"Jadi, saya masuk tu cuba tegur mereka supaya tak bergaduh. Tiba-tiba saya rasa macam tak diendahkan. Bila saya tegur tu, mereka tetap sambung bergaduh mulut." cerita Ku Hidayat sambil menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang cerita tentang terdapat sentuhan fizikal yang berlaku.

"Kalau anda tengok cctv tu, saya hanya wujud di minit akhir. Saya pun tak tahu sebenarnya apa yang mereka gaduh. Akibat saya gagal kawal emosi, saya pun dah tertumbuk dinding tu. Jadi dinding tu perlu dibayar.

Ku Hidayat berkata dia telah pun bertemu dengan pihak terlibat dan berbincang mengenai perkara tersebut. Dia juga berjaya membeli tiket balik ke Malaysia selepas meminjam wang dari rakan-rakan di Malaysia.

Namun, kata Ku Hidayat, setibanya di Malaysia, timbul isu lain yang dia langsung tidak tahu menahu iaitu isu tahi di dalam bilik air.

"Saya mengaku memang sir Ema memang baik dengan kami, sehinggakan dia bagi kami tidur untuk semalaman sementara menunggu penerbangan. Saya takkan pijak kepala kepada Sir Ema sebab dia dah banyak bantu saya.
"Saya pun tak tahu siapa punya tahi tu, saya pun sangat terkejut. Saya pun tak pernah nak berak di bilik air tu. Kalau yang pasal dinding tu, saya mengaku yang itu memang salah saya. Saya pun dah bayarkan semua bahagian saya dekat Qayuum." kata Ku Hidayat sambil berkata dia akan mengambil kes ini sebagai pengajaran.


Seorang lagi pengguna Facebook, Tok Sheikh memuat naik status menyatakan bahawa Ramadhan Sinclair masih belum memberi sebarang permohonan maaf kepada pihak Vitti Lodge dan juga bayaran ganti rugi kepada mangsa pergaduhan mereka, Qaiyum yang mendahulukan wangnya bagi membayar ganti rugi kerosakan yang di sebabkan oleh mereka. 

Kami belum menerima sebarang video permohonan maaf secara terbuka daripada Ramadhan dan belum juga menerima bayaran ganti rugi yang sepatutnya dibayar kepada Qaiyum (baju biru)..

P/s: Dah buat salah tu, mengaku, bayar ganti rugi dan beri kami video permohonan maaf secara terbuka.. agar lagi cepat perkara ni di selesaikan...dan 1 lagi sila reply whatsapp saya dengan segera ya..

"Disebabkan tomyam (Thailand), nasi lemak (Malaysia) yang dapat nama..hmm"

Terima kasih kepada Ku Hidayat kerana memberi kerjasama dan berani hantar video permohonan maaf secara terbuka dan mengaku akan kesalahan, membayar ganti rugi dengan penuh (bahagian yang beliau perlu bayar) dan telah pun belajar sesuatu daripada peristiwa tersebut... Faris juga telah memohon maaf kepada pihak kami..



 

Permohonan maaf Ku Hidayat 
Video penjelasan Ramadhan Sinclair

Tiada Anak Bukannya Hukuman Tuhan, Usah Fikir Kau Bernasib Malang.

Oleh : Andy Sulaiman

TIADA ANAK BUKAN HUKUMAN TUHAN

Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.

Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.

Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya.

Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.

Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?

Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.

Ini antara beberapa tips yang boleh kau ingat, semoga bila kau suami isteri down, kau kembali senyum dan hidup kekal bahagia :

1. Kerja Tuhan


Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.

2. Rezeki

Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?

3. Punya banyak waktu

Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!

4. Tak banyak disoal di Akhirat. 

Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.

5. Pahala free

Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?

6. Jauh dari ujian

Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.

7. Tuhan tak kejam

Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.

8. Keluarga

Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.

Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitu-lah.

Jangan sebab tak ada anak, hubungan kau suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.

Ok setakat itu sahaja perkongsian aku. Kau teruskan usaha, doa dan tawakal. Usaha yang ni kan sedap. Semoga berhasil.

#puakabersekutu
Keluarga nombor satu

Kerana Hisap Rokok Setiap Hari, Faid Kini Mengidap Kanser Mulut Di Usia 24 Tahun.

Oleh : Terengganu Times

Muhammad Faid mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya. Dia baharu sahaja berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.
Pesakit
Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kebanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. 

Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya dia mengalami masalah ulser di lidah kirinya. 

Namun dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan. Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja. 

Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser. Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. 

Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III. Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. 

Doktor telah membina semula lidahnya dengan lebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit. Dia masih tidak boleh makan tetapi hanya menerima makanan menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di trakea bagi membolehkannya bernafas. 

Seorang lagi pesakit yang enggan namanya didedahkan berkata dia mula-mula menemui satu benjolan kecil di pipinya pada Mac lalu. 

“Ia seperti jerawat kecil tetapi pada Mei ia menjadi semakin besar di pipi kanan. Ia membesar amat cepat,” kata suri rumah berusia 60 tahun dari Johor yang disahkan menghidap kanser mulut Tahap IV. 

Wanita itu berkata dia tidak menyedari perbuatan mengunyah sirih dan pinang berupaya meningkatkan risiko kanser. “Saya mengunyah sirih dan pinang setiap hari sejak berusia 13 tahun. 

Ibu saya yang berusia 83 tahun turut mengunyah makanan itu sepanjang hidupnya tetapi dia sihat. “Saya menasihati ibu dan kakak sulung saya untuk berhenti mengunyah makanan itu. Tiada siapa patut menerima penyakit seperti ini,” katanya.